Mengorak laNGkah maJu ke hAdaPan.

Mengorak laNGkah maJu ke hAdaPan.

Thursday, February 11, 2010

Kisah sEorAng IbU

Wajahnya lembut, tuturnya sopan dan pemalu..
Taat stiap patah kata suami, melayan segala kerenah anak..
Itulah seorang wanita bergelar IBU.

Di usia muda, sudah memilik 4 orang cahaya mata.. Comel2 belaka..
5 tahun, 4 tahun, 2 tahun & 8 bulan. Alahaii..kecil lagi anak2 nya.
2 bersekolah 2 lagi dihantar ke rumah jagaan nya tatkala dia pergi ke sekolah menunaikann tanggungjawab seorang guru.
letih mengajar, di rumah pula xpernah jemu melayan anak2.
"Ibu, nak itu" "ibu, nk ini" "Ibu, haikal panjat meja" "Ibu, haziq nangis" "Ibu, haikal conteng kepala Haziq guna marker pen" Ish3..
Bila sorang x sihat, suma ikut x sihat.. Tapi dia x pernah mengeluh.

Bila petang, suaminya pulang. Sentiasa disambut dengan senyuman walaupun badan penat memenuhi kehendak anak2. Makan minum suaminya sentiasa dijaga..
Kadangkala suami kerja sampai lewat malam.
Tinggallah dia bersama anak2 yg belum mengerti apa2. hatinya sentiasa risau, kalau2 ada hamba Allah yang punyai hati busuk datang melakukan kejahatan.
Allahuakbar..lindungilah mereka semua.

Tak tertulis pengorbanannya melalui barisan kata2.
Mata yg melihat ini sungguh kagum dengan ketabahannya sebagai IBU kepada 4 orang anak.
InsyaAllah..kata2 ini pasti menjadi kenyataan,, "Ibu, dh besar nanti nana nk jd ustazah macam ibu. Hari2 bleh p skolah dgn ibu". "Ibu, ima pun nk jd jugak..." "Haikal nanti jadi ustaz ye Bu?nanti haikal p skolah tutup kpala ye Bu" petah sungguh anak2 nya berkata. InsyaAllah,,jadi satu doa. Amin..

~~Nukilan buat Marliah Aji Kin & Keluarga~~

Wednesday, February 10, 2010

Warkah Adam untuk Hawa

Asssalamualaikum..
Kuteruskan menulis warkah buatmu Hawa.
Semoga kedatangan warkah ini tidak mengocak ketenangan dan kedamaian mu.

HAWA,,
Sekali lagi kesedihan menimpa diriku ini.
Hawa, ke mana hilangnya sopan santun dan hormatmu kepadaku? Dulu, jikau ingin mengungkapkan sebaris kata di hadapanku, kau akan menundukkan pandanganmu. Namun hari ini apa yang ku perhatikan, malumu kian lenyap. Antara kita seolah-olah tiada apa lagi yang menghalang. kau bisa menyapaku tanpa segan silu.

HAWA,,
Apa yg membimbangkan aku keadaan bisa menjadikan kita semakin hampir dan mengetepikan perintah dan tuntutan Allah. Pergaulan yg ku kira tidak wajar antara muslimin dan muslimat meletakkan aku dalam kekalutan perasaan. Terlalu bimbangnya kiranya satu hari nanti kaum mu dan kaum ku berjalan seiringan tanpa ada batasan lagi.

HAWA,,..
mengapa kau tidak semaikan malumu dalam hatimu?.. Mengapa Hawa yg ku kenali kini tidak selembut dulu. Kini kepercayaanku kian luntur tatkala ku melihat batas-batasmu kian luntur. Sedarlah Hawa..dirimu menyimpan maruah. usahlah terlalu ghairah dengan kaum ku. Kita punyai benteng yg teguh, janganlah diroboh..

HAWA,,..
Fahamlah kau tidak perlu menonjol kerana kau adalah permata yg berharga..Terus terang kukatakan, bukan keramahanmu yg ku pinta, tapi mengertilah Hawa..ku mahu kau pelihara kesopananmu. Maruahmu usahlah dipersenda.

HAWA,,..
Jika kita bersua muka, tundukkan pandanganmu..peliharalah suaramu dan usahlah kau terlalu tampilkan diri. Ingatlah Hawa batas-batas kita harus dijaga.

Walaupun aku tidak mampu terus menerus memimpin dirimu,tapi,,..sedarlah Hawa..sedarlah dirimu bisa terhumban ke dalam kehancuran jika kau masih mengamalkan pergaulan mu dan cara hidupmu. Aku tidak akan biarkan dunia ini dimamah laknat Allah disebabkan kelakuan kaum mu Hawa.

Sekian dulu warkah buatmu. Aku sentiasa menantikan perubahan dirimu. Wassalam..

Saturday, February 6, 2010

MuhaSabah ciNta


Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Friday, February 5, 2010

MereKa SukA kAmeRa (^,^)

Haikal terkejut kena cium ngan kakaknya, ima =)

ish3 budak2 nie...
haiiii suma =)

nape muka nana cenggitu?? erk!!..

tengok dekat2 pun xnampak jerawat =p

Bijak MengaWal maRah

Assalamualaikum.

“Bukanlah dikatakan gagah itu orang yang kuat bergusti. Akan tetapi yang dikatakan gagah itu orang yang dapat memiliki (mengawal) dirinya ketika marah” [Muttafaq ‘alayh]

Allah tidak memerintahkan hambaNya untuk membalas kejahatan yang dilakukan ke atasnya tetapi muslim harus bijak membalasnya dengan sesuatu yang lebih baik =)

Suatu hari Nabi Muhammad SAW sedang berbaring di bawah sepohon pokok lalu datang seorang kafir bernama Dzu Thur dan mengambil pedang Baginda dab dihunuskan ke leher Baginda. Dzu Thur berkata, siapa yg bisa menyelamatkan kamu.
Nabi dengan tenang menjawab,"ALLAH". Dzu Thur gementar dan pedang terlepas dari tangannya. Nabi mengambil pedang tersebut dan meghunuskan kepada Dzu Thur lalu berkata..
Siapa yang bisa menyelamatkan kamu. Dzu Thur terdiam. Nabi tidak membalas dendam sebaliknya membiarkan dia pergi.
Dzu Thur pulang dengan fikiran berkecamuk dan akhirnya dia memeluk Islam.

Begitu bijak Kekasih Allah mengawal emosi dan berjaya menumpaskan Dzu Thur yang sombong.

Belajarlah mengawal emosi wahai Musliha..sesungguhnya kamu seorang kuat apabila dapat menahan emosi kamu.

Wallahu 'aalam =)

Thursday, February 4, 2010

“Perumpamaan orang yang mengajar orang ramai kebaikan tetapi melupakan dirinya sendiri adalah seperti lilin yang memberikan cahaya ke atas orang lain dan (dalam masa yang sama) membiarkan dirinya terbakar"

Perbaikilah diri Kamu seHingga Kamu memilikI....,,,

Assalamualaikum.
Khamis lepas Mus ada pegi majlis ilmu. n Mus rasa terpanggil untuk berkongsi ngan kawan2 suma.. =)

Perbaikilah diri kamu sehingga kamu memiliki:

1) Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)
2) Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)
3) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)
4) Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)
5) Berpengetahuan luas (Mutsaqqafal Fikri)
6) Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)
7) Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
8) Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)
9) Tersusun dalam urusan (Qadirun 'alal Kasbi)
10) Berguna untuk orang lain (Naafi'un Lighoirihi)

“Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai serta bersabar dengan kesakitan akibat pergaulan dengan mereka itu, adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan orang ramai serta tidak bersabar atas kesakitan akibat pergaulan itu”